Wednesday, August 25, 2010

Masjid 'ganti' WTC 9/11

World Trade Center(WTC) yang terletak di New York telah menjadi kenangan. Bangunan berkembar yang runtuh akibat dilanggar oleh pesawat komersil kini hanya meninggalkan nama dan tapaknya sahaja.Pelbagai projek dirancang di tapak yang dikenali sebagai 'ground zero' itu dan salah satunya adalah Masjid.

Lakaran artis bagi projek Masjid & Pusat Komuniti Islam di New York-gambar oleh Wikipedia

Projek yang bernilai 100 juta USD tersebut akan dibangunkan setinggi 13 tingkat dan dilengkapi Masjid dan Pusat Komuniti bagi warga Islam New York. Selain itu, ia juga mempunyai auditorium, dewan teater, kolam renang, kawasan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang dan banyak lagi.

Bangunan ini bakal menggantikan bangunan asal yang dibina sekitar tahun 1850 yang ranap akibat serangan 11 September 2001. Dengan lokasi hanya 180 meter dari tapak menara utara WTC(WTC mempunyai Menara Utara & Selatan), ia telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk Amerika Syarikat.

Monday, August 23, 2010

Jambatan 48km hubung Kuala Perlis-Langkawi.

Dua buah syarikat yang berpengkalan di Perlis mengemukakan proposal kepada kerajaan negeri berhubung pembinaan jambatan sepanjang 48km menghubungkan Kuala Perlis dan Langkawi,

Projek bernilai RM130 billion itu adalah sebahagian dari rancangan pembinaan Royal Western Coastal Corridor(RWCC) bagi membangunkan Negeri Perlis.

Sementara itu, Tun Dr.Mahathir bin Mohammad telah membantah projek pembinaan jambatan tersebut kerana ia boleh merosakkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau. Ini kerana jika sebuah pulau dihubungkan dengan jambatan, ia akan hilang keistimewaannya.

Friday, August 20, 2010

Tren terbaru Bukit Bendera!


Bukit Bendera kini berubah wajah dengan tibanya tren dua koc terbaru buatan Switzerland. Tren tersebut akan menggantikan tren bukit bendera yang sedia ada di mana telah beroperasi selama 87 tahun.

Tren terbaru yang dilengkapai dengan sistem penghawa dingin tersebut boleh membawa 50 penumpang pada satu-satu masa tetapi masih lagi mengekalkan kerusi kayu bagi mengekalkan nilai sejarah yang sedia ada.

Tren terbaru Bukit Bendera tiba di kaki bukit dari Pelabuhan Klang. -The Star-

Pengunjung yang mengunjungi Bukit Bendera selepas ini tidak perlu risau untuk beratur panjang kerana tren terbaru ini hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke puncak, berbanding 30 minit bagi tren yang lama.

Fakta menarik tren terbaru Bukit Bendera:
1)Beroperasi bermula November 2010
2)Buatan Switzerland
3)Panjang 16 meter
4)Nilai naik taraf sistem tren bernilai RM63 juta.
5)Membawa penumpang terus ke puncak Bukit Bendera, tidak perlu menukar tren di stesen pertengahan seperti tren lama.
6)1000 penumpang per jam berbanding 250 penumpang per jam bagi tren lama.
7)Mempunyai sistem 'sensor' jika terdapat tanah runtuh atau pokok tumbang di hadapan.

Wednesday, August 18, 2010

Kota Metropolitan Greater Kuala Lumpur 2020

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menteri kabinet mendengar penerangan mengenai Greater Kuala Lumpur ketika melawat makmal Dua Belas Bidang Utama Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 17 Ogos. - Bernama

Sebuah metropolis masa depan dengan gabungan 10 buah perbandaran sekitar Kuala Lumpur iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang and Sepang akan diwujudkan bagi mencapai wawasan 2020.

Projek yang diberi nama Greater Kuala Lumpur itu akan dibangunkan dalam masa 10 tahun bermula tahun hadapan. Dengan pembinaan metropolis ini, dijangka 7 daripada 10 warga Malaysia dijangka akan tinggal di kawasan bandar.

Peta menunjukkan Greater Kuala Lumpur adalah empat kali lebih besar dari negara Singapura.

Dalam perancangan ini juga, sistem pengangkutan awam terutamanya sistem rel akan dipertingkat dan kebanyakannya akan dibina di bawah tanah. Sungai Klang dan Sungai Gombak juga akan dipertingkatkan bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat riadah bagi seisi keluarga. Selain itu, laluan pejalan kaki lebar dan berbumbung sepanjang 42 km turut dibina di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan pembinaan projek ini, negara dijangka memperolehi pendapatan sebanyak RM115 Bilion setiap tahun bagi jangka masa 10 tahun. Dengan ini negara akan memperbaiki kedukukan ke-79 daripada 140 negara di dalam 'Economist Intelligence Unit’s survey on liveability'.

Tuesday, August 17, 2010

Empangan Bakun siap 2012

Empangan Bakun yang terletak di Sarawak adalah sebuah projek mega Malaysia di mana kos asalnya adalah sebanyak 4.5 bilion tetapi kini telah meningkat kepada 7.5 bilion. Empangan hidroelektrik yang mula dirancang pembinaan pada tahun 1960-an itu melalui pelbagai fasa pembinaan sehinggalah dijangka siap pada tahun 2012, iaitu 52 tahun selepas kerja ukur tanahnya bermula.

Illustrasi pelukis(kiri) dan projek yang sedang dalam pembinaan(kanan).

Tenaga elektrik yang dijanakan akan disalurkan ke Semenanjung Malaysia melalui kabel bawah laut sepanjang 670 km talian DC voltan tinggi merentasi Laut China Selatan. Empangan batu dilitupi konkrit(concrete faced rockfill dam) ini adalah yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 205 meter.

Tinggi empangan yang mencecah 205 meter adalah yang tertinggi di dunia.

Fakta menarik Empangan Bakun:
1)Melalui 3 kali percubaan binaan bermula tahun 1960-1990,1993-1997,2000 hingga kini.
2)Menampung sebanyak 16.71 juta meter padu air.
3)saiz empangan 205 meter tinggi dan 750 m panjang.
4)Talian penghantar bawah tanah terpanjang di dunia mengatasi talian penghantar Norway ke Belanda.
5)Tasik Bakun menjadi tasik terbesar di Malaysia.
6)Stesen janakuasa terbesar di Malaysia mengatasi Empangan Pergau.

Gambar-gambar menarik:




Monday, August 16, 2010

Puduraya dan bas ekspres berpisah.

Puduraya dan bas ekspres kini tinggal kenangan. Ini kerana puduraya yang sedang dinaik taraf hanya akan digunakan untuk bas sekitar Lembah Klang. Ikuti petikan di bawah:

Pengerusi Uda Holdings Berhad, Datuk Nur Jazlan Mohammed berkata,“Puduraya hanya untuk bas sekitar Lembah Klang dan kerajaan masih membina ITT Bandar Tasik Selatan bagi menempatkan operasi bas dari selatan, ITT Gombak untuk pantai timur manakala ITT Kota Damnsara bagi utara,” katanya.

Dengan ini, tiada lagi bas ekspress akan memasuki puduraya dan Kuala Lumpur akan bebas dari bas ekspres.

Puduraya sebelum dinaik taraf(kiri) dan cadangan rekabentuk selepas dinaik taraf(kanan)


Bas ekspres dari Selatan(Johor,Negeri Sembilan dan Melaka) akan berpindah ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan pada hujung tahun 2011.

Sunday, August 15, 2010

Perjalanan Seremban-Ipoh kurang 3 Jam.



Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) telah melancarkan alternatif pengangkutan terbaru dari Seremban ke Ipoh melalui Kuala Lumpur.

Tren yang dikenali sebagai ETS(Electric Train Service) telah memulakan operasi pada 11 Ogos 2010 dan tambang yang dikenakan adalah seperti berikut:



Dengan kelajuan purata 110km/jam dan kelajuan maksimum 160 km/jam, ETS pastinya menjadi pilihan pengguna kerana ia memberi pengalaman baru dan menjamin keselamatan penumpang.

Fakta menarik tentang ETS:
1.ETS boleh mmemuatkan 350 orang dalam satu perjalanan.
2.Dilengkapi dengan kamera litar tertutup(CCTV) bagi setiap gerabak.
3.Terdapat kemudahan untuk Orang Kurang Upaya(OKU) seperti tandas dan lantai rata.
4.Soket elektrik untuk penggunaan laptop.
5.Kemudahan WiFi bagi setiap gerabak.
6.Gerabak Kafe untuk membeli makanan dan minuman.

Menara jam Mekah ganti waktu Greenwich



Menara Jam Mekah yang mula beroperasi tanggal 1 Ramadhan yang lepas kini menjadi simbol terbaru kebanggaan Tanah Suci tersebut. Dengan ukuran diameter 46 meter, ia 6 kali ganda lebih besar dari 'Big Ben' binaan barat yang terletak di London. Jam ini juga dipercayai akan menjadi rujukan waktu 'standard' dunia menggantikan waktu Greenwich(GMT).

Selama 126 tahun, seluruh dunia menjadikan 'Greenwich Mean Time'(GMT) sebagai waktu rujukan dunia, dan 'Big Ben' yang terletak di London sebagai jam rujukan. Tetapi dengan siapnya menara jam Mekah ini, ia dipercayai akan mengambil alih tugas 'Big Ben'. Dengan lokasi Mekah yang berada di tengah-tengah dunia, ia lebih tepat untuk menjadikan sebagai 'standard' rujukan waktu terbaru dunia.



Adakah anda tahu tentang pembinaan Menara Jam Makkah ini? Menara ini adalah sebahagian dari projek pembangunan menara 'Abraj Al-Bait'. Apabila siap kelak, bangunan ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan keinggian 591 m.



Projek ini juga dilengkapi dengan pembinaan 7 buah hotel yang memiliki 3000 bilik dan suite di mana sebahagian besarnya menghadap ke arah Masjidil Haram, kompleks membeli belah 4 tingkat dan ribuan kawasan meletak kenderaan khas untuk kemudahan para jemaah Haji di Makkah.

Info menarik Menara Jam Makkah:
1.Sebahagian dari projek pemodenan Mekah oleh Kerajaan Arab Saudi.
2.Dua Juta LED akan menerangi tulisan ALLAH yang terletak di atas jam tersebut.
3.Apabila tiba waktu solat, 21 Juta LED berwarna hijau dan putih mengelilingi jam tersebut akan berkelip-kelip menandakan masuknya waktu solat dan boleh dilihat sejauh 38 kilometer.

Gambar-gambar menarik: