Wednesday, August 18, 2010

Kota Metropolitan Greater Kuala Lumpur 2020

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menteri kabinet mendengar penerangan mengenai Greater Kuala Lumpur ketika melawat makmal Dua Belas Bidang Utama Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 17 Ogos. - Bernama

Sebuah metropolis masa depan dengan gabungan 10 buah perbandaran sekitar Kuala Lumpur iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang and Sepang akan diwujudkan bagi mencapai wawasan 2020.

Projek yang diberi nama Greater Kuala Lumpur itu akan dibangunkan dalam masa 10 tahun bermula tahun hadapan. Dengan pembinaan metropolis ini, dijangka 7 daripada 10 warga Malaysia dijangka akan tinggal di kawasan bandar.

Peta menunjukkan Greater Kuala Lumpur adalah empat kali lebih besar dari negara Singapura.

Dalam perancangan ini juga, sistem pengangkutan awam terutamanya sistem rel akan dipertingkat dan kebanyakannya akan dibina di bawah tanah. Sungai Klang dan Sungai Gombak juga akan dipertingkatkan bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat riadah bagi seisi keluarga. Selain itu, laluan pejalan kaki lebar dan berbumbung sepanjang 42 km turut dibina di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan pembinaan projek ini, negara dijangka memperolehi pendapatan sebanyak RM115 Bilion setiap tahun bagi jangka masa 10 tahun. Dengan ini negara akan memperbaiki kedukukan ke-79 daripada 140 negara di dalam 'Economist Intelligence Unit’s survey on liveability'.

No comments:

Post a Comment