Wednesday, May 11, 2011

CHELSEA, ARSENAL DAN LIVERPOOL KE BUKIT JALIL!

Pasukan bola sepak kebangsaan akan mendapat pendedahan perlawanan persahabatan yang berkualiti apabila pasukan Chelsea, Arsenal dan Liverpool bertandang ke Bukit Jalil pada bulan Julai ini.

Ketiga-tiga pasukan tersebut akan menyertai Festival English Premier League dan berikut adalah jadual perlawanan persahabatan tersebut:


Ini adalah kali pertama tiga pasukan utama liga inggeris hadir ke Malaysia selepas tahun 2003 yang disertai pasukan Birmingham City, Newcastle United dan Chelsea.

Kepada peminat pasukan Chelsea, Arsenal dan Liverpool, jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke Stadium Bukit Jalil. Tetapi perlu diingat, sarunglah jersi Pasukan Malaysia bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara.

Malaysia. Tanah Tumpahnya darahku.....


Wednesday, April 20, 2011

KENANGAN:PROGRAM CABARAN ANGKASAWAN 1 MALAYSIA

Hampir 3 bulan Program cabaran Angkasawan 1 Malaysia (PCA1M) telah berakhir, namun kenangan yang dilalui sepanjang satu minggu bersama seolah-olah tidak akan terpadam dari benak fikiran ini.


Selepas membaca blog yang ditulis oleh Nadiah Baharum Shah (salah seorang peserta PCA1M), segala kenangan seolah-olah menjadi segar dan dalam masa yang sama meningkatkan semangat untuk memberi yang terbaik di dalam semua aspek.

Apabila mata melihat nukilan beliau, otak terus memproses segala kenangan dan membawa kepada pergerakan jari yang mengawal mouse untuk mencari lagu Malaysia Inovasi, lagu yang dipersembahkan ketika Majlis Perasmian Langkawi National Observatory.



Pelbagai kenangan dilalui bersama, kini hanya Facebook menjadi penghubung antara kita, Biar tidak bersua muka, asalkan segalaya tersimpul di hati. Terima kasih kalian, keluarga PCA1M.....


Tuesday, April 19, 2011

PELIK TAPI COOL~

Cuba anda lihat gambar di bawah ini, bangunan tersebut sangat pelik tetapi cool kan? Apa pendapat anda?




Bangunan di atas dipercayai bakal dibina di sekitar Pusat Pentadbiran negara kita iaitu di Putrajaya. Apa yang menarik adalah dari segi reka bentuk dan warnanya yang garang. Jika bangunan ini menjadi realiti, pastinya ia akan menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang.

Dunia semakin kreatif, engineering semakin artistik. Pelik tapi cool~

=)

Monday, April 18, 2011

Presentation yang berkesan!

Seperti yang sedia maklum, pembentangan projek sarjana muda 2 akan bermula esok sehingga hari khamis. Dengan itu, saya mahu berkongsi sedikit tips dalam melakukan presentation yang berkesan berdasarkan sedikit pengalaman dalam mengendalikan kursus sebelum ini.

Bagaimana untuk melakukan presentation yang berkesan? Kita perlu tahu bahawa proses berjaya dalam presentation bermula dari masa kita tidur pada malam sebelum hari pembentangan, bukannya bermula ketika berhadapan dengan panel =)

Sebelum Presentation
Kepada sesiapa yang perlu melakukan pembentangan pada slot pagi, elakkan tidur lewat dan menggosok pakaian ketika bangun dari tidur iaitu beberapa jam sebelum presentation. Ini kerana kita perlu mengawal dan setkan dalam minda sebelum tidur. Dengan itu apabila bangun dari tidur, minda akan mengawal badan seterusnya memudahkan proses menuju sesi presentation. Jika tidur lewat dan di pagi hari baru nak cari pakaian apa yang hendak dipakai, ia akan mengakibatkan minda dikawal oleh badan, itu sangatlah tidak elok.

Pakailah pakaian yang pernah anda pakai sebelum ini kerana ia akan menjamin keselesaan. Tidak salah jika anda telah beli pakaian baru khas untuk presentation, kerana itu menunjukkan anda begitu bersemangat bagi menghadapi sesi tersebut. Tetapi pastikan baju itu memberi keselesaan kepada anda. Jika baju selesa, badan juga akan selesa dan seterusnya minda anda juga berasa selesa.

Selepas itu, pastikan anda hadir awal 10 minit sebelum sesi pembentangan bermula. Jika sesi bermula pukul 8 pagi, datanglah pukul 7.50 atau lebih awal. Ini kerana minda akan berasa lebih yakin jika ia dapat mengenal pasti apa yang berada di sekeliling kawasan presentation tersebut.

Semasa Presentation
Yakinlah dengan apa yang telah anda lakukan kerana itu adalah projek anda! Anda lebih tahu selok-belok projek tersebut. Apabila diajukan pelbagai soalan, terimalah dengan hati yang terbuka. Buatlah susunan ayat yang meyakinkan panel dan penting untuk tidak membuat muka cuak.

Pastikan sebelum menjawab soalan, tarik nafas dan hembus. Jangan memberi jawapan dengan melulu kerana ia akan memerangkap diri anda. Cakap sepatah-sepatah dan dalam masa yang sama proseskan otak anda untuk mencari jawapan yang kukuh terhadap soalan yang diajukan. Yakinlah...inikan projek anda =)

Set pemikiran bahawa anda adalah seorang yang masih belajar dan segala komen dan nasihat amat dialu-alukan. Jika kita setkan pemikiran bahawa kita adalah maharaja PSM, confirm kita akan melenting...hehe...

Selepes Presentation
Ingatlah detik-detik ketika anda menurunkan poster dan melangkah balik kerana itu adalah detik terakhir anda membuat presentation sepanjang pengajian di Universiti. Detik tersebut sememangnya tiada nilai ketika dan pada waktu itu, tetapi percayalah apabila anda mengenangkan kembali kenangan anda di Universiti pada masa hadapan, ia akan menjadi antara detik manis sepanjang bergelar pelajar.

SELAMAT BERJAYA!

Friday, April 8, 2011

LIVERPOOL VS MALAYSIA-JULAI INI!

Sah...Liverpool bakal menentang pasukan Malaysia pada tahun ini dan dijangka perlawanan bersejarah tersebut akan diadakan pada bulan Julai.


Ini adalah kali pertama pasukan Liverpool akan menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, terima kasih kepada penaja utama Standard Chartered Bank dan ProEvents International Sdn Bhd. Perlawanan bersejarah ini akan diadakan samada di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam.

Ini adalah peluang terbaik bagi skuad kebangsaan dalam mebuat persiapan untuk kelayakan piala dunia 2014 dan sukan sea 2011.


Maklumat lanjut berkenaan perlawanan Liverpool vs Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat.

p/s:rindukan kenangan nyanyi lagu Negaraku sebelum perlawanan bernula =)

FORMULA 1-MALAYSIAN GRAND PRIX 2011

Formula 1-Malaysian Grand Prix 2011 akan bermula pada hari ini dan berakhir pada hari ahad. Untuk pengetahuan anda semua, tahun ini adalah penganjuran edisi kali ke-13 bagi Malaysia di Litar Antarabangsa F1 Sepang.

Perlumbaan Formula 1 pada tahun ini telah bermula pada 2 minggu lepas di Grand prix Melbourne, Australia dan Formula 1-Malaysian Grand Prix adalah tuan tumah bagi pusingan ke-2 daripada 19 kalender perlumbaan. Terdapat 11 pasukan akan merebut kejuaraan pemandu serta pengeluar, dan apa yang menariknya 3 pasukan mempunyai kaitan dengan Malaysia.

Pasukan pertama adalah Team Lotus, di mana pemilik pasukan ini adalah Tony Fernandes (Pemilik Air Asia) dan pasukan ni adalah 100% milik Malaysia. Jika pasukan ini mendapat tempat pertama dalam perlumbaan, lagu Negaraku akan berkumandang (InsyaAllah satu hari nanti)

 Pemilik pasukan, Tony Fernandes (Atas) dan kereta pasukan Team Lotus (Bawah)


Pasukan kedua adalah Mercedes GP Petronas, di mana Petronas sebagai penaja minyak bagi pasukan ini manakala pasukan ketiga adalah Lotus Renault iaitu pasukan milik Lotus (Anak syarikat Proton).

Mercedes GP Petronas (Kiri) dan Lotus Renault (Kanan).

Dengan itu, sama-samalah kita menyokong pasukan ini kerana dengan penglibatan mereka di dalam Formula 1-Malaysian Grand Prix pada hujung minggu ini, secara tidak langsung telah meningkatkan imej negara di mata dunia dalam bidang permotoran.

p/s: sokong Team Lotus sebab kalau menang, boleh nyanyi lagu negaraku... =)

Jom layan Litar Sepang satu lap...baik punyer~

Wednesday, April 6, 2011

PELANCONGAN ANGKASA LEPAS

Angkasa lepas adalah satu ruang yang penuh dengan misteri. Kita juga tidak boleh pergi ke angkasa lepas jika tidak menjadi seorang angkasawan. Tetapi itu semua dulu, kini sesiapa yang sudah bosan dengan kehidupan di bumi bolehlah menikmati pelancongan angkasa lepas.

Sir Richard Branson

Billionair Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Sir Richard Branson telah mendapat idea seterusnya merealisasikan idea 'gila' ini di bawah syarikat yang diberi nama Virgin Atlantic Space Travel. Penerbangan komersil pertama ke angkasa lepas dijangka bermula pada tahun ini atau 2012.

Pelancongan angkasa lepas yang mengambil masa selama 2 jam 30 minit itu dikenakan bayaran sebanyak USD200,000(RM605,600) bagi setiap seorang. Apa yang menarik, penumpang berpeluang melihat bumi dari angkasa lepas dan merasai pengalaman graviti sifar(Badan terapung-apung).

Contoh Model Kapal Angkasa Virgin Atlantic Space Travel

Sehingga kini, manusia yang berpeluang ke angkasa lepas hanya sekitar 450 orang, tetapi dengan kewujudan syarikat Virgin Atlantic Space Travel ini, ia akan meningkatkan jumlah manusia ke angkasa lepas dalam jangka waktu yang singkat kerana 300 orang sudah membuat tempahan untuk menempuh pengalaman unik ini,

Pelancongan angkasa lepas akan menjadikan jarak antara bumi dan angkasa lepas semakin hampir, dan apa yang pasti, anda tidak perlu lagi menjadi seorang angkasawan untuk smpai ke angkasa lepas!