Wednesday, May 11, 2011

CHELSEA, ARSENAL DAN LIVERPOOL KE BUKIT JALIL!

Pasukan bola sepak kebangsaan akan mendapat pendedahan perlawanan persahabatan yang berkualiti apabila pasukan Chelsea, Arsenal dan Liverpool bertandang ke Bukit Jalil pada bulan Julai ini.

Ketiga-tiga pasukan tersebut akan menyertai Festival English Premier League dan berikut adalah jadual perlawanan persahabatan tersebut:


Ini adalah kali pertama tiga pasukan utama liga inggeris hadir ke Malaysia selepas tahun 2003 yang disertai pasukan Birmingham City, Newcastle United dan Chelsea.

Kepada peminat pasukan Chelsea, Arsenal dan Liverpool, jangan lepaskan peluang anda untuk menghadirkan diri ke Stadium Bukit Jalil. Tetapi perlu diingat, sarunglah jersi Pasukan Malaysia bagi memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan negara.

Malaysia. Tanah Tumpahnya darahku.....


1 comment:

  1. Malaysia Maju Terus Malaysia/Harimau Malaya Teruskan Usaha Malaysia/Harimau Malaya Selamat Berjaya Malaysia/Harimau Malaya Berusahalah

    ReplyDelete