Update Minda anda di sini - Daftarkan emel anda sekarang!

Sunday, August 15, 2010

Menara jam Mekah ganti waktu Greenwich



Menara Jam Mekah yang mula beroperasi tanggal 1 Ramadhan yang lepas kini menjadi simbol terbaru kebanggaan Tanah Suci tersebut. Dengan ukuran diameter 46 meter, ia 6 kali ganda lebih besar dari 'Big Ben' binaan barat yang terletak di London. Jam ini juga dipercayai akan menjadi rujukan waktu 'standard' dunia menggantikan waktu Greenwich(GMT).

Selama 126 tahun, seluruh dunia menjadikan 'Greenwich Mean Time'(GMT) sebagai waktu rujukan dunia, dan 'Big Ben' yang terletak di London sebagai jam rujukan. Tetapi dengan siapnya menara jam Mekah ini, ia dipercayai akan mengambil alih tugas 'Big Ben'. Dengan lokasi Mekah yang berada di tengah-tengah dunia, ia lebih tepat untuk menjadikan sebagai 'standard' rujukan waktu terbaru dunia.



Adakah anda tahu tentang pembinaan Menara Jam Makkah ini? Menara ini adalah sebahagian dari projek pembangunan menara 'Abraj Al-Bait'. Apabila siap kelak, bangunan ini akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dengan keinggian 591 m.



Projek ini juga dilengkapi dengan pembinaan 7 buah hotel yang memiliki 3000 bilik dan suite di mana sebahagian besarnya menghadap ke arah Masjidil Haram, kompleks membeli belah 4 tingkat dan ribuan kawasan meletak kenderaan khas untuk kemudahan para jemaah Haji di Makkah.

Info menarik Menara Jam Makkah:
1.Sebahagian dari projek pemodenan Mekah oleh Kerajaan Arab Saudi.
2.Dua Juta LED akan menerangi tulisan ALLAH yang terletak di atas jam tersebut.
3.Apabila tiba waktu solat, 21 Juta LED berwarna hijau dan putih mengelilingi jam tersebut akan berkelip-kelip menandakan masuknya waktu solat dan boleh dilihat sejauh 38 kilometer.

Gambar-gambar menarik:


5 comments:

  1. Dulu masa sekolah rendah ada ustazah kata bangunan tidak boleh tinggi dari menara Makkah. Pendidikan suka-suki oleh sebilangan pengajar seperti guru harus meneliti dan membuka minda terlebih dahulu sebelum gemar mengajar anak murid tentang semuanya haram dan berdosa. Kemegahan Islam, Kebangaan Dunia :)

    ReplyDelete
  2. sokong kenyataan anonymous...pendidikan sebenarnya satu benda yang murni, tetapi jika disalah tafsir ia akan membawa keburukan...sememangnya kemegahan Islam untuk kebanggan dunia.. =)

    ReplyDelete
  3. aku ada terbaca dulu salah satu tanda kiamat adalah... bangnuan2 tinggi disekeliling kaabah "tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan"

    ReplyDelete
  4. hurm...aku p0n ingat apis tanda2 kiamat....motif menggatakan yang bangunan yang tinggi n dimegah2kan de maksud tersendiri...ta taw gak sp arkitek bangunan ni...

    ReplyDelete