Friday, August 20, 2010

Tren terbaru Bukit Bendera!


Bukit Bendera kini berubah wajah dengan tibanya tren dua koc terbaru buatan Switzerland. Tren tersebut akan menggantikan tren bukit bendera yang sedia ada di mana telah beroperasi selama 87 tahun.

Tren terbaru yang dilengkapai dengan sistem penghawa dingin tersebut boleh membawa 50 penumpang pada satu-satu masa tetapi masih lagi mengekalkan kerusi kayu bagi mengekalkan nilai sejarah yang sedia ada.

Tren terbaru Bukit Bendera tiba di kaki bukit dari Pelabuhan Klang. -The Star-

Pengunjung yang mengunjungi Bukit Bendera selepas ini tidak perlu risau untuk beratur panjang kerana tren terbaru ini hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke puncak, berbanding 30 minit bagi tren yang lama.

Fakta menarik tren terbaru Bukit Bendera:
1)Beroperasi bermula November 2010
2)Buatan Switzerland
3)Panjang 16 meter
4)Nilai naik taraf sistem tren bernilai RM63 juta.
5)Membawa penumpang terus ke puncak Bukit Bendera, tidak perlu menukar tren di stesen pertengahan seperti tren lama.
6)1000 penumpang per jam berbanding 250 penumpang per jam bagi tren lama.
7)Mempunyai sistem 'sensor' jika terdapat tanah runtuh atau pokok tumbang di hadapan.

2 comments:

  1. bestnya bukit bendera akan dibuka semula,lama tak pegi..banyak kenangan bersama arwah sidia al fatihah.kenangan tinggal kenangan

    ReplyDelete
  2. train bukit bendera dah postponed operation until march 2011..harap bersabar..

    ReplyDelete