Monday, April 4, 2011

MERAH ATAU BIRU-YANG MANA SATU?

Adakah anda tahu kuasa warna apakah yang lebih memberi tarikan kepada manusia, MERAH atau BIRU?

Di Malaysia, merah melambangkan keberanian manakala biru melambangkan kedaulatan. Dari perkataan 'keberanian' dan 'kedaulatan' pastinya sedikit sebanyak telah memberi gambaran warna apakah yang lebih kuat.


Jawapannya adalah MERAH. Mengikut kajian pakar psikologi, retina mata kita lebih tertumpu kepada pantulan warna merah berbanding warna biru.

Mari kita lihat contoh di sekeliling kita, yang pertama adalah minuman Coca-Cola atau lebih dikenali dengan panggilan Coke(Merah) dan saingan utamanya adalah Pepsi(Biru). Pelbagai cara dan teknik promosi dilakukan oleh Pepsi seperti menggunakan bintang ternama bola sepak bagi mempromosikan jenama mereka. Tetapi jika anda ke kedai, mana satu pilihan anda? Minuman Merah atau Biru?(Saya confirm pilih coke...hehe...)

Contoh-contoh yang lain seperti:
a)Syarikat Penerbangan di Malaysia, 
   1.Air Asia(Merah)
   2.Malaysia Airlines(Biru)
b)Kedudukan Terkini Bola Sepak Inggeris, 
   1.Manchester United(Merah)
   2.Arsenal(Merah) 
   3 Manchester City(Biru),
   4.Chelsea(Biru)
c)Syarikat Telekomunikasi
   1.Maxis(Merah)
   2.Celcom(Biru)

Dengan itu, jika anda mahu melakukan sesuatu bagi menarik perhatian sesiapa sahaja, pasti anda sudah tahu warna merah atau biru yang lebih menarik perhatian? =)

No comments:

Post a Comment