Monday, April 4, 2011

REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET-DAY 2


Akhirnya tamat sudah acara gilang-gemilang Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi(IK), Jutawan Internet Malaysia. Acara selama 2 hari ini telah dibahagikan kepada 8 bahagian dan 72 teknik bagi menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Berbeza dengan kursus percuma IK yang saya hadiri sebelum ini, pengisian padat dan penyampaian secara santai telah membuka mata saya untuk memulakan seterusnya berjaya dalam peniagaan internet. Salah satu teknik yang didedahkan kepada para peserta adalah perniagaan di dalam Facebook.

Senyuman manis mentor dan protege

Dalam entry sebelum ini, REVOLUSI PERNIAGAAN INTERNET-DAY 1, biasanya kita akan melihat pelbagai jenis jualan yang dilakukan seeperti tudung, jersi, cenderahati dan pelbagai lagi. Bagaimana mereka melakukannya? Kebiasaannya mereka akan membuka satu akaun baru atau menggunakan akaun sendiri dan upload gambar produk jualan mereka di dalam album photo. Benarkan?

Seterusnya melakukan promosi dengan share album tersebut atau tag kepada muka rakan-rakan =) Ini sebenarnya satu kesilapan kerana majoriti individu yang menjadi mangsa tag ini akan berasa marah dan ada masanya seperti ingin remove sahaja dari friend list(contohnya saya...hehe).

Jika anda ingin menggunakan facebook sebagai online shop anda, terdapat aplikasi kedai jualan disediakan. Pergi ke bahagian search(search ni bukan tempat untuk cari kawan je tau), taip VendorShop dan aplikasi percuma akan beroperasi sebagai kedai maya anda. Apa yang menarik vendorshop ini hanyalah percuma dan mesra pengguna. Jika anda nak tau dengan lebih lanjut, cuba la sendiri yer =)

Dalam perniagaan internet, ikuti sahaja apa yang dilakukan oleh usahawan internet yang telah berjaya dan insyaAllah, rezeki akan berpihak kepada anda – Irfan Khairi

Berikut hanyalah salah satu teknik untuk menjalankan perniagaan internet, Perlu diingat apa jua kunci kejayaan sesebuah perniagaan adalah menjalankan promosi. Bagaimana pula dengan teknik promosi di internet? InsyaAllah kalau rajin saya akan post next entry di blog ini.Hehe...

Dengan pelaburan sebanyak RM890(Normal Price RM1200), ianya amat berbaloi dan Revolusi Perniagaan Internet ini telah meningkatkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Amin...........

1 comment: