Monday, April 18, 2011

Presentation yang berkesan!

Seperti yang sedia maklum, pembentangan projek sarjana muda 2 akan bermula esok sehingga hari khamis. Dengan itu, saya mahu berkongsi sedikit tips dalam melakukan presentation yang berkesan berdasarkan sedikit pengalaman dalam mengendalikan kursus sebelum ini.

Bagaimana untuk melakukan presentation yang berkesan? Kita perlu tahu bahawa proses berjaya dalam presentation bermula dari masa kita tidur pada malam sebelum hari pembentangan, bukannya bermula ketika berhadapan dengan panel =)

Sebelum Presentation
Kepada sesiapa yang perlu melakukan pembentangan pada slot pagi, elakkan tidur lewat dan menggosok pakaian ketika bangun dari tidur iaitu beberapa jam sebelum presentation. Ini kerana kita perlu mengawal dan setkan dalam minda sebelum tidur. Dengan itu apabila bangun dari tidur, minda akan mengawal badan seterusnya memudahkan proses menuju sesi presentation. Jika tidur lewat dan di pagi hari baru nak cari pakaian apa yang hendak dipakai, ia akan mengakibatkan minda dikawal oleh badan, itu sangatlah tidak elok.

Pakailah pakaian yang pernah anda pakai sebelum ini kerana ia akan menjamin keselesaan. Tidak salah jika anda telah beli pakaian baru khas untuk presentation, kerana itu menunjukkan anda begitu bersemangat bagi menghadapi sesi tersebut. Tetapi pastikan baju itu memberi keselesaan kepada anda. Jika baju selesa, badan juga akan selesa dan seterusnya minda anda juga berasa selesa.

Selepas itu, pastikan anda hadir awal 10 minit sebelum sesi pembentangan bermula. Jika sesi bermula pukul 8 pagi, datanglah pukul 7.50 atau lebih awal. Ini kerana minda akan berasa lebih yakin jika ia dapat mengenal pasti apa yang berada di sekeliling kawasan presentation tersebut.

Semasa Presentation
Yakinlah dengan apa yang telah anda lakukan kerana itu adalah projek anda! Anda lebih tahu selok-belok projek tersebut. Apabila diajukan pelbagai soalan, terimalah dengan hati yang terbuka. Buatlah susunan ayat yang meyakinkan panel dan penting untuk tidak membuat muka cuak.

Pastikan sebelum menjawab soalan, tarik nafas dan hembus. Jangan memberi jawapan dengan melulu kerana ia akan memerangkap diri anda. Cakap sepatah-sepatah dan dalam masa yang sama proseskan otak anda untuk mencari jawapan yang kukuh terhadap soalan yang diajukan. Yakinlah...inikan projek anda =)

Set pemikiran bahawa anda adalah seorang yang masih belajar dan segala komen dan nasihat amat dialu-alukan. Jika kita setkan pemikiran bahawa kita adalah maharaja PSM, confirm kita akan melenting...hehe...

Selepes Presentation
Ingatlah detik-detik ketika anda menurunkan poster dan melangkah balik kerana itu adalah detik terakhir anda membuat presentation sepanjang pengajian di Universiti. Detik tersebut sememangnya tiada nilai ketika dan pada waktu itu, tetapi percayalah apabila anda mengenangkan kembali kenangan anda di Universiti pada masa hadapan, ia akan menjadi antara detik manis sepanjang bergelar pelajar.

SELAMAT BERJAYA!

3 comments: