Wednesday, March 30, 2011

Revolusi Perniagaan Internet

Sejak dari tahun 2005, saya mula mengenali siapa itu Irfan Khairi(IK). Saya pasti anda juga mengenali IK. Kepada sesiapa yang tidak mengenali IK, beliau adalah seorang Jutawan Internet di negara kita iaitu Malaysia.

Sejak mula membaca tentang kejayaan beliau, terdetik di hati saya untuk berguru dan menjalankan perniagaan melalui internet di mana ianya telah terbukti berkesan jika menggunakan cara yang betul.

2 tahun lepas saya ada menjalankan perniagaan internet, Ya memang bisnes internet sesuatu yang mudah kerana tidak perlu kedai yang menelan belanja beribu-ribu ringgit. Tetapi sayangnya komitmen sebagai seorang pelajar membataskan niat untuk terus berjuang di alam maya.


Kini minat dalam perniagaan internet semakin berkobar-kobar apabila saya akan menghadiri Revolusi Perniagaan Internet yang akan dikendalikan oleh IK di Kuala Lumpur Convention Center(KLCC) pada 2 dan 3 April ini.

8 bahagian dan 72 teknik menjalankan perniagaan internet akan diajar oleh saudara IK di mana beliau juga melakukan cara yang sama sebelum berjaya di dalam perniagaan internet. Manalah tahu satu hari nanti saya boleh berjaya sepertinya...hehe...Amin...

"Untuk berjaya di dalam perniagaan internet, anda tidak perlu untuk mencipta teknik yang baru, tetapi anda boleh berjaya hanya dengan mengikuti langkah yang telah dilakukan oleh jutawan internet seluruh dunia" - Irfan Khairi

Thursday, December 30, 2010

Evolusi stesen bas Malaysia

Terminal Bersepadu Selatan(TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan menjanjikan revolusi stesen bas di Malaysia. Terminal yang 100% dilengkapi dengan penghawa dingin dan sistem e-ticketing yang moden, ia pasti mengubah persepsi masyarakat terhadap stesen bas di Malaysia.

TBS dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu balai betibaan, balai berlepas dan balai utama menjadikan keselesaan adalah aspek yang paling ditekankan di dalam pembangunan terminal ini.

Apa yang menarik, pembelian tiket boleh dilakukan di mana-mana kaunter dan memilih syarikat bas yang ingin digunakan. Pengguna juga perlu memberikan nama penuh untuk dicetak di atas tiket(sama seperti sistem tiket kapal terbang).

Contoh tiket bas yang akan digunakan bermula 1 januari 2011



Berikut adalah gamabar-gambar menarik untuk tatapan semua:

Platform ketibaan: Semua bas menurunkan penumpang di sini dan gunakan eskalator untuk ke balai ketibaan TBS.


Koridor penghubung antara eskalator ke balai ketibaan.


Welcome note~


Balai Ketibaan.


Balai berlepas


Departure board


Toilet


Executive lounge


Kiosk e-ticketing


Ticket counters


Ticket counter


Car Park


Main Departure/Arrival board


Balai Berlepas


Gate before boarding

Facilities dah world class...jd pengguna kena ubah mentaliti la yer...tinggalkanlah pemikiran lapuk k.....Malaysia Boleh!

Friday, October 15, 2010

Lampu hijau untuk MRT Greater KL.

Cadangan laluan MRT Greater KL.

Projek mega bernilai RM40 Billionini akan mengambil tempat di sekitar Kuala Lumpur bermula tahun depan. Mass Rapid Transit(MRT) adalah projek berimpak tinggi yang akan menyuntik serta mengukuhkan lagi ekonomi Malaysia.

MRT yang akan dibina sepanjang 156 km akan melengkapkan lagi sistem rel di Kuala Lumpur dan akan menghubungkan kawasan-kawasan seperti Mutiara Damansara, Bandar Utama, Cheras, Kajang dan beberapa lokasi tumpuan utama.

Peta laluan MRT di sekitar Kuala Lumpur.

Apa yang menarik perhatian adalah semua laluan akan dibina di bawah tanah dan akan bebas dari pencemaran bunyi bagi penghuni yang tinggal berdekatan dengan rel.

Selain itu juga, satu laluan bulatan yang akan mengelilingi pusat bandar turut termasuk di dalam projek ini dan dijangka seluruh sistem MRT ini akan mengangkut 2 juta pengguna setiap hari.

Wednesday, August 25, 2010

Masjid 'ganti' WTC 9/11

World Trade Center(WTC) yang terletak di New York telah menjadi kenangan. Bangunan berkembar yang runtuh akibat dilanggar oleh pesawat komersil kini hanya meninggalkan nama dan tapaknya sahaja.Pelbagai projek dirancang di tapak yang dikenali sebagai 'ground zero' itu dan salah satunya adalah Masjid.

Lakaran artis bagi projek Masjid & Pusat Komuniti Islam di New York-gambar oleh Wikipedia

Projek yang bernilai 100 juta USD tersebut akan dibangunkan setinggi 13 tingkat dan dilengkapi Masjid dan Pusat Komuniti bagi warga Islam New York. Selain itu, ia juga mempunyai auditorium, dewan teater, kolam renang, kawasan kanak-kanak, gelanggang bola keranjang dan banyak lagi.

Bangunan ini bakal menggantikan bangunan asal yang dibina sekitar tahun 1850 yang ranap akibat serangan 11 September 2001. Dengan lokasi hanya 180 meter dari tapak menara utara WTC(WTC mempunyai Menara Utara & Selatan), ia telah menimbulkan rasa kurang senang penduduk Amerika Syarikat.

Monday, August 23, 2010

Jambatan 48km hubung Kuala Perlis-Langkawi.

Dua buah syarikat yang berpengkalan di Perlis mengemukakan proposal kepada kerajaan negeri berhubung pembinaan jambatan sepanjang 48km menghubungkan Kuala Perlis dan Langkawi,

Projek bernilai RM130 billion itu adalah sebahagian dari rancangan pembinaan Royal Western Coastal Corridor(RWCC) bagi membangunkan Negeri Perlis.

Sementara itu, Tun Dr.Mahathir bin Mohammad telah membantah projek pembinaan jambatan tersebut kerana ia boleh merosakkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau. Ini kerana jika sebuah pulau dihubungkan dengan jambatan, ia akan hilang keistimewaannya.

Friday, August 20, 2010

Tren terbaru Bukit Bendera!


Bukit Bendera kini berubah wajah dengan tibanya tren dua koc terbaru buatan Switzerland. Tren tersebut akan menggantikan tren bukit bendera yang sedia ada di mana telah beroperasi selama 87 tahun.

Tren terbaru yang dilengkapai dengan sistem penghawa dingin tersebut boleh membawa 50 penumpang pada satu-satu masa tetapi masih lagi mengekalkan kerusi kayu bagi mengekalkan nilai sejarah yang sedia ada.

Tren terbaru Bukit Bendera tiba di kaki bukit dari Pelabuhan Klang. -The Star-

Pengunjung yang mengunjungi Bukit Bendera selepas ini tidak perlu risau untuk beratur panjang kerana tren terbaru ini hanya mengambil masa 10 minit untuk sampai ke puncak, berbanding 30 minit bagi tren yang lama.

Fakta menarik tren terbaru Bukit Bendera:
1)Beroperasi bermula November 2010
2)Buatan Switzerland
3)Panjang 16 meter
4)Nilai naik taraf sistem tren bernilai RM63 juta.
5)Membawa penumpang terus ke puncak Bukit Bendera, tidak perlu menukar tren di stesen pertengahan seperti tren lama.
6)1000 penumpang per jam berbanding 250 penumpang per jam bagi tren lama.
7)Mempunyai sistem 'sensor' jika terdapat tanah runtuh atau pokok tumbang di hadapan.

Wednesday, August 18, 2010

Kota Metropolitan Greater Kuala Lumpur 2020

PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menteri-menteri kabinet mendengar penerangan mengenai Greater Kuala Lumpur ketika melawat makmal Dua Belas Bidang Utama Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. 17 Ogos. - Bernama

Sebuah metropolis masa depan dengan gabungan 10 buah perbandaran sekitar Kuala Lumpur iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, Selayang, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, Kajang and Sepang akan diwujudkan bagi mencapai wawasan 2020.

Projek yang diberi nama Greater Kuala Lumpur itu akan dibangunkan dalam masa 10 tahun bermula tahun hadapan. Dengan pembinaan metropolis ini, dijangka 7 daripada 10 warga Malaysia dijangka akan tinggal di kawasan bandar.

Peta menunjukkan Greater Kuala Lumpur adalah empat kali lebih besar dari negara Singapura.

Dalam perancangan ini juga, sistem pengangkutan awam terutamanya sistem rel akan dipertingkat dan kebanyakannya akan dibina di bawah tanah. Sungai Klang dan Sungai Gombak juga akan dipertingkatkan bagi menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat riadah bagi seisi keluarga. Selain itu, laluan pejalan kaki lebar dan berbumbung sepanjang 42 km turut dibina di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan pembinaan projek ini, negara dijangka memperolehi pendapatan sebanyak RM115 Bilion setiap tahun bagi jangka masa 10 tahun. Dengan ini negara akan memperbaiki kedukukan ke-79 daripada 140 negara di dalam 'Economist Intelligence Unit’s survey on liveability'.