Saturday, April 2, 2011

Revolusi Perniagaan Internet-Day 1

Tamat sudah hari pertama Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi. Selepas 4 slot dilalui, benarlah bahawa sesiapa pun boleh berjaya dalam melakukan perniagaan internet. Ini kerana anda boleh memulakan perniagaan internet anda tanpa mengeluarkan sebarang modal..Ya memang benar,tanpa modal!

Pelbagai barangan boleh dijual seperti kamera DSLR, kasut sukan, alatan golf dan berpuluh ribu barang lagi tanpa mengeluarkan satu sen pun dari duit poket. Inilah yang dinamakan Revolusi Perniagaan Internet, tiada sempadan dan tiada halangan. Kita juga tidak perlu risau dengan kerugian kerana tiada modal dikeluarkan.

Kepada pengguna Facebook, adakah anda tahu bahawa terdapat sebuah application di dalam FB yang membolehkan anda memulakan perniagaan? Saya pun tidak tahu sebelum ini, tetapi insyaAllah bermula hari ini saya akan mulakan perniagaan internet saya melalui akaun FB. =)

5 comments: